Tuan Anas Mikael
of Syamnuriezmil (Goodreads Author)
Description
Puan Sri Tengku Anansa telah memberikan Tuan Anas Mikael tempoh selama tiga bulan untuk mencari perempuan yang sempurna bagi menolak calon pilihannya, Safra Ariana, cucu Tun Akhiruddin.Oleh kerana, setelah hampir dua bulan mencari, Tuan Anas Mikael tidak berjumpa, jadi dia merancang untuk menyiapkan Ayu Maisarah, anak tukang cuci rumahnya itu, sesempurna kriteria yang dia mahukan tanpa Ayu Maisarah tahu tujuan sebenarnya dia menjalani semua latihan-latihan yang disediakan. Yang Ayu Maisarah tahu, Tuan Anas Mikael sedang menyiapkan dia sebagai pengurus projek di Krabi.Di sebalik rancangan ini, Tuan Anas Mikael tidak tahu, Ayu Maisarah menyimpan rahsia besar daripadanya. Akibat daripada takut identiti sebenar Ayu Maisarah terbongkar, Ayu Maisarah telah bersetuju dengan penyamaran itu.Namun, hal yang melibatkan hati dan perasaan bukan boleh dibuat main-main. Sewaktu dalam tempoh Ayu Maisarah menjadi kekasih Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah mula jatuh cinta. Takut dengan peristiwa hitam dalam keluarganya bakal berulang kembali, Ayu Maisarah menyimpan rasa cintanya terhadap Tuan Anas Mikael secara diam-diam.Tetapi... Di Krabi...“Saya suka awak, Ayu Maisarah.” - TUAN ANAS MIKAELTuan Anas Mikael mengaku sudah jatuh cinta kepada Ayu Maisarah menyebabkan Ayu Maisarah mula memasang angan-angan dan memetik segala bintang dan bulan. Apabila tiba waktu yang ditetapkan, Tuan Anas Mikael telah menukar hasratnya dan memilih...Mom perkenalkan, the love of my life, my girlfriend, Raisya Putri. - TUAN ANAS MIKAELAyu Maisarah, kecewa!“Tuan... Tuan tahu apa kopi yang paling pahit? Oh, tak tahu, ya? Kopi-lih dia itulah yang paling pahit! Saya benci tuan... Tapi, macam mana, saya dah tersayang tuan.” - AYU MAISARAHKonflik mula memuncak, Tuan Anas Mikael ditakdirkan dalam kesusahan. Untuk menolong Tuan Anas Mikael, Ayu Maisarah terpaksa membongkarkan rahsia identiti dirinya sendiri dan mendedahkan dirinya untuk dibunuh.Tetapi adakah pengorbanannya itu berbaloi? Perlukah Ayu Maisarah terus menyelamatkan Tuan Anas Mikael atau membiarkan Tuan Anas Mikael yang kekwat itu.... Mati selepas apa yang telah Tuan Anas Mikael berbuat kepadanya?“Jaga saya elok-elok, Cik Ayu. Kalau awak jaga saya elok-elok, saya akan jaga awak elok-elok juga.” - TUAN ANAS MIKAEL
Gender
Main Characters
Book Details
- Format Paperback
- Pages 564 pages
- Publisher Penulisan2u
- Publication Date May 2015
- First Publication Not informed
- Language Malay
- ISBN 9999999999999
- Edition Not informed
- Category Other
- Scenario []
Rate this work
🔒 Log in to evaluate this book.
Share your opinion with other readers. Your feedback is very important!
AI-Powered Recommendations
Based on your reading of "Tuan Anas Mikael", our dual AI algorithms suggest these titles. ⚡ FAISS Baseline 🧠 PyTorch Enhanced
Top Picks For You
🎯 Smart SelectionHow do we choose these recommendations?
Similar Style Recommendations
Books with similar themes, authors, and writing styles to what you're reading now.
Smart AI Matches
Our advanced AI finds books you might love based on deeper patterns and reader preferences.